SMK Tun Habab Layak ke Grand Finale


Dua pasukan robotik SMK Tun Habab telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pada Pertandingan Robotix Peringkat Kebangsaan. Pusingan kelayakan ini telah berlangsung di Perpustakaan Awam Johor Bahru pada 14 Julai 2018. Ini adalah merupakan penyertaan pertama SMK Tun Habab pada pertandingan robotik dan Unit ICT telah menghantar 8 pasukan yang bertanding iaitu seramai 16 orang pelajar tingkatan 2. Pada pusingan kelayakan ini menyaksikan 18 pasukan bertanding (termasuk peserta dari negeri Melaka) dan hanya 12 pasukan sahaja yang layak ke peringkat akhir yang bakal diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada 11 dan 12 Ogos 2018. Tahniah diucapkan kepada pasukan robotik dan Unit ICT.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022