SMK Tun Habab Berjaya ke Peringkat Kebangsaan


Sekali lagi pasukan robotik SMK Tun Habab telah mencatat sejarah kerana telah berjaya ke peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Rero Robotics and Coding 2018 yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 18 Julai 2018. Walaupun hanya berjaya memenangi tempat kelima bagi kategori Rero Standard, namun 6 pasukan teratas termasuk pasukan Glorious Tun Habab layak ke akhir secara automatik. Pertandingan akhir bakal diadakan pada bula Oktober 2018. Tahniah kepada cikgu Akmal dan cikgu Ulul kerana bertungkus lumus melatih pengaturcaraan kepada para peserta. Manakala satu lagi pasukan iaitu kategori Rero Basic gagal mendapat tempat ke akhir. Semoga ini dapat dijadikan titik mula kepada mereka untuk terus mencuba pada masa hadapan.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022