PROGRAM KEMBARA INTELEK & SAHSIAH


Pada 1 Jun 2018, SMK Tun Habab telah menjemput penceramah bebas untuk memberikan motivasi kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan PT3, SPM dan STPM 2018. Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam SMK Tun Habab telah menjemput Ustaz Ebit Liew untuk berkongsi pengalaman dan ilmu. Program dibahagikan kepada 3 slot iaitu slot 1 : Kenali kekuatan, kelemahan dan potensi diri menjadi pelajar cemerlang, slot 2 : Persediaan A ‘100’ dan slot 3 : Memperkasa jiwa / pengembaraan seorang insan. Mudah-mudahan program yang seumpama ini dapat memberikan impak kepada pelajar agar menjadi pelajar yang cemerlang dan anak yang soleh dan solehah.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022