In Future Johan Video TN50


Tanggal 4 Mei 2018, SMK Tun Habab telah diumumkan sebagai johan pertandingan video TN50 yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah berlangsung pada bulan November 2017. Kumpulan yang dinamakan Glorious Tun Habab yang terdiri daripada pelajar-pelajar Duta Penggerak Digital SMK Tun Habab telah menghantar video yang bertajuk In Future bagi kategori 1. Video yang mengisahkan masa depan dunia pendidikan pada masa depan. Pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di TGV Suria KLCC, wakil Glorious Tun Habab, Abdul Hadi bin Abd. Rahman telah menerima cek bernilai RM2000, sebuah Drone jenama Phantom, trofi dan hamper. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dan guru penasihatnya, Puan Noorazlizawatie dan Encik Khairul Anuar. Terima kasih kepada pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil kerana sentiasa memberi sokongan yang padu kepada Duta Penggerak Digital.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022