Bengkel Cabaran Petrosains Robotix


Pada 14 hingga 16 Mei 2018, SMK Tun Habab telah dijemput untuk menghadiri bengkel Petrosains Robotix yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia. SMK Tun Habab telah menghantar 16 orang peserta untuk menghadiri bengkel tersebut. Program yang dianjurkan oleh Petrosains ini mendapat kerjasama daripada pensyarah kanan UTM, Dr. Fauzan Khairi bin Che Mat dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Moga program ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 dan seterusnya mereka dapat melakukan usaha yang terbaik untuk pertandingan Petrosains Robotix yang bakal berlangsung di Petrisains Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022