SMK Tun Habab Johan Catur


Pada 2 dan 3 Mei 2018 telah berlangsung Kejohanan Catur MSSD Kota Tinggi di SM Agama(Arab) Kota Tinggi. Pada pertandingan tersebut, SMK Tun Habab telah merangkul hadiah bagi beberapa kategori dan sekaligus dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Catur MSSD Kota Tinggi dan membawa pulang piala pusingan. Berikut adalah keputusan sepanjang kejohanan tersebut. Bagi kategori Lelaki 18, johan dimenangi oleh Muhd Hassan bin Abd. Razak manakala naib johan oleh Muhammad Azroy bin Mohd Nasir, tempat keempat oleh Muhammad Azri Md. Tahir dan tempat kelima Abdul Muhaimin bin Abdul Razak. Seterusnya kategori Perempuan 18 tahun memenangi tempat ketiga ialah Fatin Syuhada binti Mohd Salleh, tempat keempat dimenangi oleh Syazwina binti Shahron, di tempat kelima ialah Nurhazriana binti Kamarul Hisham dan tempat kesepuluh oleh Zahidatul Izzati binti Aminudin. Bagi kategori Lelaki 15 tahun, naib johan dimenangi oleh Wafiy bin Anwar, tempat ketiga oleh Muhammad Haiman Aqel bin M.C. Indra dan tempat kelima oleh Muhammad Danial Haziq bin Saipol Anuar. Bagi kategori Perempuan 15 tahun, tempat kesepuluh dimenangi oleh Nurin Balqis binti Shahizam Firhan Shah. Papan Terbaik
Lelaki 15 tahun dimenangi oleh Muhammad Danial Haziq, Lelaki 18 tahun oleh Azri dan Perempuan 18 tahun oleh Nurhazriana. Tahniah diucapakan kepada semua kontinjen catur SMK Tun Habab.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022