SMK Tun Habab kekal Johan Karnival Bahasa Melayu


19 April 2018 sekali lagi melakar sejarah apabila SMK Tun Habab sekali lagi menjadi johan keseluruhan Karnival Bahasa Melayu 2018 yang telah berlangsung selama dua hari di SMK Bandar Mas. Pada karnival kali ini, SMK Tun Habab telah memenangi beberapa acara yang dipertandingkan. Johan Forum, Panel terbaik dimenangi oleh saudara Mohd Nazri bin Azmi, Pengerusi terbaik telah disandang oleh saudari Siti Aisyah binti Mohd Ma’mon, Saudari Nur Aqilah binti Awatif mendapat tempat kedua bagi pertandingan sajak, tempat ketiga bagi pertandingan bahas dan kelima bagi pertandingan pidato yang diwakili oleh saudara Abd. Hadi bin Abd. Rahman. Terdahulu SMK Tun Habab kekal menjadi johan bagi pertandinfgan pantun daerah Kota Tinggi. Tahniah kepada semua peserta dan guru penasihatnya yang terdiri daripada guru-guru panitia Bahasa Melayu.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022