Ceramah Keselamatan Siber


Pada 18 April 2018, Encik Mokhtar bin Omar dan Encik Hairil Fitri bin Jaa’far yang merupakan pegawai Unit Pembestarian Sekolah dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPN Johor) telah sudi untuk mengadakan sesi ceramah bersama semua guru dan pelajar SMK Tun Habab. Ceramah keselamatan siber ini bertujuan untuk mengingatkan para pelajar tentang bahayanya menggunakan aplikasi sosial tanpa bimbingan. Gejala seperti Buli Siber, Hendap Siber dan Cyber Grooming boleh mendatangkan masalah kepada para pelajar jika tidak berhati-hati. Program yang dianjurkan oleh Unit ICT sempena Bulan ICT dan STEM telah berlangsung di Dewan Seri Tun Habab. Selain mendengar sesi ceramah, pelajar turut diberikan cenderamata bagi yang boleh menjawab soalan atau berkongsi pengalaman.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022