Program Go Green Bersama UniKL


Program UniKL Go Green telah dilaksanakan bersama warga Asrama Pusat Kota Tinggi (APKT) pada 17 April 2018. Majlis telah dimulakan pada jam 8.00 pagi dan selesai pukul 5.00 petang. Seramai 12 orang fasilitator daripada UniKL terlibat dengan program tersebut yang diketuai oleh Saudara Muhamad Amirul Asyraf bin Hamdan yang merupakan bekas pelajar SMK Tun Habab. Majlis penutup disempurnakan oleh Puan Juriah binti Jaafar, Timbalan Penguasa Asrama dengan kehadiran pensyarah daripada UniKL Encik Muhammad Akmal Hakim bin Hazman.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022