YDP PIBG Turun Padang


Pada perhimpunan rasmi, 8 April 2018, YDP PIBG SMK Tun Habab bagi sesi 2018/2019 telah turun padang untuk bersama-sama dengan warga guru dan pelajar SMK Tun Habab. Dato’ Mohd Khir bin Abd. Samad selaku pengerusi PIBG yang baharu melancarkan Program NILAM dan KM1M yang dianjurkan oleh Pusat Sumber SMK Tun Habab di Dewan Seri Tun Habab. Pada pertemuan ini, Dato’ Mohd Khir mengharapkan agar semua pelajar dapat menumpukan sepenuhnya dalam akademik dan tidak lupa untuk melibatkan diri dalam bidang kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Beliau menyatakan sokongan sepenuhnya kepada semua program yang telah dan akan dianjurkan oleh pihak sekolah yang diketuai oleh Encik Zakaria bin Abd. Jalil.
Beliau turut memberi peluang dan ruang kepada semua guru agar membentangkan program-program yang ingin diadakan untuk membantu anak-anak Glorious Tun Habab. Beliau akan cuba sedaya upaya untuk membantu sama ada daripada bentuk fizikal atau kewangan.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022