Sir Boopathy Johan Larian Iskandar Puteri


Pada 31 Mac 2018 telah berlangsung program Larian Prauniversiti Iskandar Puteri Tahun 2018. Larian peringkat kebangsaan turut dipertandingkan pelbagai kategori. Nyata nombor G019 memberi tuah kepada Encik Boopathy a/l Ramasamy kerana berjaya mendahului kategori lelaki sebagai johan. Bagi kategori wanita pula, wakil guru SMK Tun Habab Cik Nurul Ain binti Yahaya berjaya menduduki tempat ke 13. Manakala pelajar lelaki SMK Tun Habab, saudara Muhammad Amirul Amin bin Azman menduduki tempat 21. Tahniah diucapkan kepada semua peserta tingkatan 6 yang turut menyertainya.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022