Puteri Mithali Wanita Qurani


Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) SMK Tun Habab telah menghadiri Seminar Pembangunan Keluarga di Dewan Kompleks Iskandar, Johor Bahru pada 28 Mac 2018. Beberapa orang ahli PPIM iaitu Nurin Nurain bt Aris, Salihah Farihin bt Mohd Saleh dan Siti Syazlina bt Hairul Azlin dengan diiringi oleh Ustazah Norhafizah binti Ismail telah menghadiri seminar tersebut. Pada seminar itu, Puan Wan Roslili binti Abd. Majid dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah dijemput menyampaikan ceramah yang bertemakan Puteri Mithali Wanita Qurani. Moga seminar ini dapat memberi manfaat kepada ahli-ahli PPIM yang hadir dan turut disebarkan kepada ahli-ahli PPIM yang lain.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022