Lawatan dan Khidmat Masyarakat di Tanjung Piai


Program Lawatan dan Khidmat Masyarakat di Tanjung Piai telah dilaksanakan pada 28 Mac 2018. Rombongan yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Tun Habab ke Penghujung Benua Asia ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri Hutan paya bakau semula jadi yang masih meliputi Tanjung Piai menjadi tarikan utama pengunjung dan pelancong untuk menikmati ketenangan dan kedamaian dengan panorama indah di kawasan pesisir pantai.
Pada sesi lawatan ini, pelajar juga turut menyumbang khidmat tenaga menanam pokok-pokok bakau.
Moga lawatan ini dapat menitipkan semangat dan ingatan kepada semua pelajar agar dapat memelihara dan menjaga bumi milik kita.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022