Bengkel Kecemerlangan : Prinsip Perakaunan

Pada 25 Februari 2018, Jawatankuasa Daerah Prinsip Perakaunan telah mengadakan Bengkel Kecemerlangan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 bagi daerah Kota Tinggi. SMK Tun Habab selaku pengerusi JKD Prinsip Perakaunan berbesar hati menjadi tuan rumah bagi bengkel yang diadakan dengan kerjasama Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA). Semua sekolah menengah di Kota Tinggi yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan telah dijemput untuk menghadiri bengkel ini. Program kali ini telah menjemput Tn Haji Suhajanazer bin Suboh (Pensyarah Kanan Institut Aminudin Baki yang merupakan mantan Guru Cemerlang Prinsip Perakaunan Kota Tinggi dan Encik Ivan Tan
Business Development Manager, Association Of Chartered Certified Accountants. Terima kasih tuan kerana sudi berkongsi ilmu dengan calon-calon SPM 2018 daerah Kota Tinggi.

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022