MAJLIS PELANCARAN HOME OF DTC-JDT KOTA TINGGI

Pada 21 Januari 2018 telah diadakan majlis pelancaran Program Pembangunan Bola Sepak DTC-JDT Kota Tinggi di Dewan Seri Tun Habab. Home of DTC (District Training Centre)-JDT Kota Tinggi ini adalah dibawah program yang dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk melahirkan pemain-pemain bola sepak profesional.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Solihin bin Ahmad (Penyelaras Program DTC-JDT JPN Johor), Encik Hanafi bin Ali (Penolong Pengarah MSSM JPN Johor, Encik K. Sukumaran (Pengerusi Kelab Johor Darul Takzim), pegawai-pegawai daripada PPD Kota Tinggi yang turut dihadiri oleh Encik Zambri bin Safri, Penolong PPD Unit Pembangunan Kemanusiaan.

Encik Zakaria, pengetua SMK Tun Habab turut memberi penerangan yang jelas kepada pemain-pemain DTC – JDT dan ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut
Encik Noor Tashar merangkap Ketua Jurulatih menerangkan Pelan Pembangunan Bola Sepak DTC – JDT
Pengetua SMK Tun Habab nergambar bersama Encik K. Sukumaran, Pengerusi Kelab Johor Darul Takzim

#Sumber gambar daripada Unit ICT dan Encik. Noor Tashar

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022