KEJOHANAN MERENTAS DESA KALI KE 16

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah telah diadakan pada 18 Januari 2018. Kejohanan yang diadakan pada setiap tahun ini dimulakan dengan aktiviti senaman ringan dan senam robik oleh anak-anak SMK Tun Habab. Larian pertama merentas desa bermula dengan kategori Lelaki 18 tahun telah dilepaskan secara rasmi oleh Puan Rafidah binti Abd. Hamid, GPK Pentadbiran SMK Tun Habab. Diikuti dengan kategori lelaki 15 tahun dan 14 tahun. Seterusnya diakhiri dengan kategori perempuan 18 tahun, 15 tahun dan 14 tahun.

Majlis penyampaian hadiah menutup tirai Kejohanan Merentas Desa Kali ke 16 tahun 2018.

Terima kasih kepada Bank Rakyat kerana sudi menaja air mineral kepada kami

 

 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022