PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2018

Pada 28 Disember 2017 telah diadakan pendaftaran bagi pelajar tingkatan 1. Dianggarkan 200 orang pelajar mendaftar pada hari ini bersama ibu bapa masing-masing. Taklimat yang disampaikan oleh pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada ibu bapa berkaitan dengan KSSM, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan maklumat-maklumat penting yang lain.

Pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria sedang menyampaikan taklimat kepada ibu bapa

 

Guru-guru sesi petang sentiasa bersedia menerima kehadiran pelajar-pelajar baru.

Sokongan ibu bapa sangat penting bagi mengukuhkan institusi pendidikan.

#Sumber gambar dan berita daripada Unit ICT

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022