SMK TUN HABAB JOHAN SEKOLAH BESTARI

SMK Tun Habab telah diumumkan sebagai Johan Sekolah Bestari bagi kategori sekolah menengah di SJK(C) Mawai sempena berlangsungnya Anugerah Pembestarian Sekolah pada 25 Oktober 2017. Dengan itu, SMK Tun Habab bersama-sama SMPKV Indahpura akan mewakili negeri Johor di peringkat kebangsaan bagi Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.

Turut dikhabarkan juga SMK Tun Habab adalah merupakan antara 5 sekolah menengah terbaik di Malaysia bagi kategori ini. Tahniah dan semoga kejayaan menjadi milik kita.

En. Azman bin Abd. Hamid menerima plak dan sijil daripada YM Ungku Mohsin bin Ungku Mohamad
Saudara Mohd Nazri menerangkan aktiviti Briged Bestari kepada YM Ungku Mohsin
Gambar yang diambil daripada Drone yang dikawal oleh ahli Briged Bestari Tingkatan 2

#Sumber gambar daripada Unit ICT

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022