SEND OFF CIKGU ROHAINI DAN CIK HAJAH SUZANA

Tanggal 9 Oktober 2017 merupakan hari terakhir Puan Rohaini bt Abdullah atau mesranya dipanggil kak Ani bergelar guru dan Cik Hajah Suzana bt Jailani di SMK Tun Habab. Majlis send off ini diadakah di Dewan Tun Sri Lanang meraikan perpisahan Cik Hajah Suzana ke SMK Dato Sri Amar Diraja sebagai pembantu makmal dan persaraan kak Ani yang telah berkhidmat selama 37 tahun sebagai guru . Majlis dimulakan dengan bacan doa oleh ustaz Saharudin b Abdullah, diikuti dengan ucapan perpisahan daripada Cik Hajah Suzana dan Puan Rohaini.  Pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil turut memberikan penghargaan atas budi dan jasa yang ditaburkan untuk anak-anak di SMK Tun Habab.

Untuk Puan Rohaini dan Cik Hajah Suzana,

Bila memandang ke muka laut,
     Nampak sampan mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
     Budi yang baik ingat selalu. 
Akar keladi melilit selasih,
     Selasih tumbuh di dalam taman;
Junjungan budi kenangan kasih,
     Mesra kenangan sepanjang zaman.
Mengait rambutan menggunakan galah,
     Disimpan bersama buah berangan;
Walau sezarah silap dan salah,
     Harap dimaafkan disimpan jangan.
Subuh hari memetik kangkung,
     Kangkung dipetik bersama serai;
Setelah semusim kita berkampung,
     Tiba masanya kita bersurai.
Mudik ke hilir berperahu layang
     Berkunjung sebentar di indera giri
Pergilah kasih pergilah sayang 
     Pandai-pandailah menjaga diri 
Pohon mempelam lebat berbuah,
    Gugur sebiji di tepi tangga;
Kita bertemu akhirnya berpisah,
     Diizin Allah berjumpa juga.
#Sumber gambar daripada Unit ICT

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022