Pilihanraya MPP Tingkatan 6

Pn. Husna bt Abd. Hadi, PK Tingkatan 6 sedang memilih calon yang sesuai untuk menerajui MPPT6 Sesi 2017/2018

Pada 13 September 2017 telah diadakan pilihanraya untuk memilih Jawatankuasa Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MPPT6) SMK Tun Habab. Terlebih dahulu proses penamaan calon telah diadakan pada 7 September 2017 pada jam 1.10 hingga 2.30 petang. Seterusnya pilihanraya telah diadakan di Dewan Seri Tun Habab pada jam 7.45 pagi. Pilihanraya ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tingkatan 6 bagaimana proses pilihanraya ini dijalankan. Ini juga merupakan salah satu daripada komponen bagi mata pelajaran pengajian Am. Satu petisyen telah dihantar kerana nama calon bagi jawatan Naib Pengerusi tiada dalam senarai dan perkara ini telah diselesaikan dengan baik.

#Sumber gambar daripada En. Shahril 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022