SMK Tun Habab Hantar Penyertaan Terbanyak

Walaupun kecewa gagal meraihkan sebarang tempat pada pertandingan Petrosains yang berlangsung di Auditorium Jabatan Pendidikan negeri Johor pada 21 Ogos 2017, namun SMK Tun Habab berjaya meraih perhatian apabila menghantar penyertaan paling banyak di negeri Johor iaitu sebanyak 91 penyertaan.  Ketua Panitia Sains, Puan Mawar Husna binti Jasimin mengharapkan doa daripada semua warga negeri Johor agar mendapat hadiah bagi penyertaan terbanyak di peringkat kebangsaan. Tahniah kepada pelajar yang terpilih dan guru pembimbing yang membuat pelbagai persediaan untuk menyertai pertandingan ini bemula pada awal tahun yang lalu. Wakil SMK Tun Habab :

  1. Suvarna a/p Sivamani dan Shahrvena a/p Saravanan
  2. Phang Wei Hang dan Chiam Xian Da

#Sumber gambar dan berita daripada cikgu Mawar Husna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *