SMK Tun Habab terima RM10000

Pada 12 Ogos 2017, beberapa orang guru SMK Tun Habab telah dijemput untuk menyertai warga pendidikan sekitar parlimen Tenggara untuk menghadiri Majlis Tautan Kasih Parlimen Tenggara yang disempurnakan oleh YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis yang dianjurkan pada setiap tahun ini telah berlangsung di Dewan SJKC (Mawai) dengan dihadiri lebih kurang 500 orang guru dan kakitangan pendidikan.

Datuk Halimah dalam ucapannya sangat berterima kasih kepada semua guru-guru yang sentiasa berusaha untuk membina modal insan yang bakal menjadi pemimpin masa depan.  Pada majlis tersebut, guru-guru diraikan dengan persembahan nyanyian dan cabutan bertuah.

En. Zakaria b Abd. jalil menerima cek RM10,000 daripada YB Datuk Halimah atas pencapaian cemerlang SPM 2016

#Sumber gambar dari En. Zakaria, Pn. Fairuz, Pn. Hjh Fauziah, cikgu Saharudin dan cikgu Zeti

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022