Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Pada 21 Julai 2017, Kelab Guru dan Kakitangan SMK Tun Habab telah mengadakan sambutan Hari Raya yang bertempat di Dewan Seri Tun Habab. Majlis yang dinamakan Sesuci Lebaran, Semurni Ikatan oleh Encik Mohd Kasim bin Mahmud disambut meriah dan berwarna warni. Setiap bidang mata pelajaran menyediakan menu khas mereka untuk dihidangkan kepada para tetamu.

Pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil yang hadir bersama ahli keluarganya sangat berbesar dengan kehadiran warga SMK Tun Habab bersama keluarga dan mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang terlibat. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada anak-anak warga Tun Habab.

#Sumber gambar dari Unit ICT

 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022