Warna Warni Sambutan Hari Guru

Saban tahun 16 Mei 2017 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar SMK Tun Habab untuk meraikan guru-guru. Bertemakan pakaian pelbagai kaum, sambutan kali ini meriah dengan warna warni apabila hampir semua guru memakai pakaian kaum India. Mungkin inilah pengaruh Bollywood.

Tidak terkecuali pengetua, Encik Zakaria bin Abd Jalil yang memakai kurta berwarna merah dan berseluar krim. Majlis yang dianjurkan oleh pengawas dengan kerjasama SLB dan Briged Bestari ini dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru ke Dewan Seri Tun Habab. Gimik shuffle oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 sejurus sahaja ucapan Hari Guru oleh pengetua . Seperti biasa ikrar guru dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia diikuti dengan lagu Masihkah Kau Ingat dan Biarku Menjadi Lilin. Usai nyanyian itu, majlis berhenti rehat untuk memberi laluan kepada sukaneka dan Anugerah Guru Glorious SMK Tun Habab. Pelbagai persembahan disertai oleh para pelajar seperti tarian, nyanyian solo dan persembahan violin yang menghiburkan. Sambutan Hari Guru diakhiri dengan persembahan violin daripada Aqmal Daniel daripada Astro Ceria Popstar.

photo_2017-05-17_07-30-16 photo_2017-05-17_07-30-06 photo_2017-05-17_07-30-01 photo_2017-05-17_07-29-51 photo_2017-05-17_07-29-45photo_2017-05-17_07-29-07photo_2017-05-17_07-29-00photo_2017-05-17_07-28-51photo_2017-05-17_07-28-35photo_2017-05-17_07-27-33photo_2017-05-17_07-27-29

#Sumber gambar daripada rakan-rakan guru

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022