Al I’tiraf Johan Pertandingan Nasyid

Tahniah kepada kumpulan nasyid SMK Tun Habab, Al I’tiraf kerana telah dinobatkan johan pertandingan Marhaban dan Nasyid anjuran Karnival Belia Putra di Dataran Kipmart. Pertandingan ini telah diadakan pada 5 April 2017. Walaupun gagal di peringkat zon pada Karnival MTQ namun kemenangan ini dapat mengubat rasa kecewa para peserta nasyid. Tahniah juga kepada guru pembimbingnya, Ustazah Norhidayah. Semoga kemenangan mutlak akan jadi milik kita pada masa akan datang. Amin…

photo_2017-04-10_07-54-17
Hadiah disampaikan oleh Tuan Haji Rosleli

#Sumber gambar daripada Ustazaha Hidayah

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022