Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah

Pada 8 April 2017, Unit Kokurikulum SMK Tun Habab telah menganjurkan Pertandingan Kawad Kaki peringkat sekolah di Dataran Suria. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi telah berlangsung dengan meriah dengan disertai oleh setiap Unit Beruniform bagi sesi pagi dan petang. Setiap ahli dalam pasukan masing-masing menunjukkan komitmen yang tinggi. Pasukan Kadet Polis mencatat kemenangan berganda apabila diisytiharkan sebagai johan bagi kategori GO bagi sesi pagi dan petang. Tahniah diucapkan!

Senarai pemenang adalah seperti berikut :

Sesi Petang

Kedudukan NGO GO
Johan Pengakap Kadet Polis
Naib Johan Puteri Islam Bomba
Ketiga Pandu Puteri PKBM
Keempat BSMM KRS

Sesi Pagi

Kedudukan NGO GO
Johan Pandu Puteri Kadet Polis
Naib Johan Puteri Islam PKBM
Ketiga Pengakap KRS
Keempat BSMM Bomba
photo_2017-04-09_12-26-43
Turut hadir ialah Pegawai Unit Kokurikulum Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Encik Abd. halim bin Sulong bersama-sama dengan pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil
photo_2017-04-09_12-26-28
Persembahan Kawad Kaki BSSM dengan moto BSSM Sayang Semua
photo_2017-04-09_12-26-47
Pegawai yang gigih menjalankan tugas

 

photo_2017-04-09_12-26-12 photo_2017-04-09_12-26-31 photo_2017-04-09_12-26-34 photo_2017-04-09_12-26-37 photo_2017-04-09_12-26-40

#Sumber gambar daripada Puan Noorazlizawatie
#Sumber data daripada Encik Azman

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022