Majlis Sanjungan Jasa, Lambaian Kenangan

Lawatan Mesra PPD, Encik Md. Din bin Husein ke SMK Tun Habab telah disambut meriah seluruh warga SMK Tun Habab pada 2 April 2017 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis yang dinamakan Sanjungan Jasa, Lambaian Kenangan oleh Cikgu Mohd Kasim bin Mahmud adalah bersempena lawatan mesra dan meraikan persaraan beliau pada 28 April 2017 ini.

Pada majlis tersebut, En. Md. Din turut merasmikan moto baru sekolah iaitu Glorious Tun Habab yang turut dibentangkan oleh pengetua, Encik Zakaria bin Abd. Jalil dalam ucapannya. Sebagai tanda penghormatan, PPD Kota Tinggi turut merasmikan Galeri Glorious Tun Habab.

photo_2017-04-02_12-20-21
En. Md. Din merasmikan Glorious Tun Habab menggunakan tablet dengan dibantu oleh Nazri. ahli Briged Bestari
photo_2017-04-02_12-21-05
Cenderamata persaraan daripada pihak sekolah oleh pengetua, Encik Zakaria kepada En. Md. Din
photo_2017-04-02_12-20-58
PPD Kota Tinggi merasmikan Galeri Glorious Tun Habab

photo_2017-04-02_12-20-43 photo_2017-04-02_12-20-51 photo_2017-04-02_12-20-55 photo_2017-04-02_12-21-01

Sejurus selepas majlis diadakan, Encik Zakaria dikejutkan dengan persembahan multimedia yang disediakan oleh Unit ICT dan Briged Bestari sempena ulang tahun beliau pada hari ini. Semoga Encik Zakaria dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus menerajui Sekolah Kluster Kecemerlangan, SMK Tun Habab.

#Sumber berita dan gambar Unit ICT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *