Majlis Wibawa Kepimpinan dan Integriti Diri

Majlis Wibawa Kepimpinan dan Integriti Diri telah diadakan pada 5 Mac 2017 di Dewan Seri Tun Habab. Majlis Lafaz Ikrar dan Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Sekolah ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zulkefli bin Mohamed, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi dan turut dihadiri Yang DiPertua PIBG, Tuan Haji Hasrin bin Abd. Samad. Pengetua, Encik Zakaria bin Abd. Jalil berharap agar dengan pelantikan ini, pelajar dapat melaksanakan tugas dengan baik, amanah dan penuh integriti.

photo_2017-03-05_09-49-31
Majlis Wibawa Kepimpinan dan Integriti Diri 2017 dihadiri oleh semua guru
photo_2017-03-05_09-49-35
350 orang pelajar yang menerima watikah pelantikan pemimpin sekolah

Pemimpin sekolah terdiri daripada pengawas, Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MPPT6), pengawas Pusat Sumber, pengawas Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR), Briged Bestari, Students Leader Board (SLB), pengerusi kelas dan pengerusi kelab, sukan dan permainan. Pelantikan ini adalah bukti sesuatu pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada seseorang secara rasmi. Bagi melahirkan pemimpin masa depan yang bertanggungjawab, seseorang pemimpin perlu mempunyai kemahiran-kemahiran memimpin disamping mempunyai personaliti yang unggul. Kepimpinnan yang unggul adalah kepimpinan yang mempunyai sahsiah yang mantap, berketrampilan tinggi dan menyerlah serta mempunyai corak kepimpinan yang bestari dan berintegriti.

Hampir 350 orang pelajar naik ke pentas untuk menerima sijil dan pada masa yang sama turut diadakan pelancaran Students Leader Board oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Majlis diakhiri dengan pemakaian blazer kepada ketua pengawas sesi pagi dan petang serta pengerusi MPPT6.

#Sumber gambar daripada Puan Hajah Fauziah

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022