Program Khidmat Bakti UiTM Segamat

Program Khidmat Bakti UiTM Segamat bersama Unit ICT SMK Tun Habab telah diadakan pada 3 Mac 2017.  Pelajar-pelajar yang menyertai bengkel perisian editor penyuntingan grafik ini mendapat bimbingan daripada siswa/siswi yang mengambil jurusan Sains Komputer.  Bengkel diadakan di makmal komputer ICT dan makmal komputer Bestari. Menurut pensyarah mereka, rombongan siswa dan siswi daripada Fakulti Sains Komputer dan Fakulti Pengajian Perniagaan ini dalam rangka lawatan khidmat bakti di Kampung Lukut, Kota Tinggi.

Guru Penyelaras Bestari, Puan Noorazlizawatie binti Ahmad, sangat berbesar hati menerima kunjungan mereka kerana program ini dapat menambah kemahiran dan semangat dalam diri pelajar. Terima kasih daun keladi dik!

photo_2017-03-03_09-18-38
Pelajar berkumpul di dewan dan dibahagikan mengikut kumpulan
photo_2017-03-03_09-17-53
Pelajar diberi bimbingan menggunakan perisian editor penyuntingan grafik

photo_2017-03-03_09-18-42 photo_2017-03-03_09-18-34 photo_2017-03-03_09-18-26 photo_2017-03-03_09-18-21 photo_2017-03-03_09-18-17 photo_2017-03-03_09-18-13 photo_2017-03-03_09-18-10 photo_2017-03-03_09-18-07

photo_2017-03-03_10-19-52 photo_2017-03-03_10-20-05

#Sumber gambar dan berita daripada Unit ICT

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022