Majlis Jasamu Abadi di Hati Ini

Majlis Jasamu Abadi di Hati Ini merupakan majlis khas yang diadakan pada 2 Mac 2017  untuk meraikan perpindahan Guru Penolong Kanan Petang, Puan Hajah Athipah binti Mohd Nor ke kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan. Bertemakan warna biru / ungu, majlis berlangsung dengan tenang dan sayu dimulai dengan paluan kompang, tarian zapin dan iringan selawat apabila beliau dibawa masuk ke dewan.

Persembahan multimedia yang dihasilkan oleh Briged Bestari diteruskan sejurus bacaan doa dan persembahan nasyid oleh pelajar. Tuan pengetua, Encik Zakaria bin Abd. Jalil turut merasai kehilangan walaupun beliau baru sahaja sebulan berada di SMK Tun Habab. Kepimpinan Hajah Athipah dapat dilihat sepanjang beliau mula menjejak kaki ke SMK Tun Habab pada tahun 2005.

img_3337
Ucapan Hajah Athipah turut diselitkan dengan sajak

Puan Hajah Athipah atau  milah panggilan manja dalam keluarganya cukup terharu dengan majlis yang diadakan ini dan berterima kasih kepada guru-guru sesi petang kerana sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama yang padu sepanjang beliau bergelar Guru Penolong Kanan Petang. Walaupun berat untuk meninggalkan SMK Tun Habab, beliau terpaksa juga kerana ingin menabur bakti kepada bonda tercinta. Majlis yang turut dihadiri oleh SIC+ Partner, Pn. Hjh. Syarifah Zainon binti Syed Lani, diakhiri dengan penyampaian hadiah daripada guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Tun Habab.

Selamat bertugas di tempat baru!

dsc_0090
Hajah Athipah bersama pengetua, Encik Zakaria dan SIC+ Partner, Hjh. Syarifah Zainon
dsc_0018
Barisan pengawas yang menyambut ketibaan Hjh. Athipah dan tetamu
dsc_0038
Zapin menyambut tetamu yang hadir di bawah bimbingan Puan Latifah
dsc_0116
Persembahan nasyid daripada pelajar sesi petang
img_3535
Cenderamata daripada warga SMk Tun Habab disampaikan oleh pengetua, Encik Zakaria bin Abd. Jalil

dsc_0019 dsc_0020 img_3565 img_3445 img_3296dsc_0075 img_3596 img_3423

#Sumber gambar daripada Unit ICT

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022