Program Jom Ke Sekolah

Jom Ke Sekolah telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, En. Md Din b Husein di SMK Tun Habab. Program yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 5 Februari 2017. Sebelum itu, majlis didahulukan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku dan Anak Suria serta bacaan doa dan ikrar oleh pelajar-pelajar.

photo_2017-02-05_08-38-40
Tetamu yang hadir semasa program Jom ke Sekolah diadakan

Majlis menjemput Superintenden Hj. Rahmat b Hj. Othman yang membaca teks ucapan daripada Ketua Polis Negara dan diikuti dengan ucapan daripada Ketua Pengarah KPM yang dibacakan oleh En. Md. B Husein. Turut hadir pada majlis ini ialah Deputi Superintenden Mohamed Sazif b Mohamed Subri, Asisten Superintenden Mohd Azizuddin b Ibrahim, Tn. Hj. Zulkefli b Mohamed dan Tn. Hj. Hasrin b Abd. Samad.

photo_2017-02-05_08-40-24
Supt Hj. Rahmat b Hj. Othman memegang peti aduan disiplin dan salah laku sambil diperhatikan oleh En. Md. Din b Husein (PPD Kota Tinggi) dan En. zakaria b Abd. Jalil (pengetua SMK Tun Habab)

Peti aduan bagi kes disiplin dan salah laku telah diaktifkan kepada para pelajar sekiranya berlaku kes-kes tersebut.

photo_2017-02-05_08-39-09photo_2017-02-05_08-39-06photo_2017-02-05_08-39-03photo_2017-02-05_08-38-59

#Sumber gambar daripada Unit ICT

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022