Hilangnya Sebutir Permata di Taman Sukma

Majlis Sebutir Permata di Taman Sukma telah berlangsung di Dewan Seri Tun Habab pada 26 Januari 2017 yang menyaksikan penyerahan tampuk kepimpinan En. Anuar b Sukiran kepada En. Zakaria b Abd. Jalil. Persembahan pelajar berkonsepkan perpaduan dimulakan dengan tarian India (dibawah bimbingan Pn. Vasanthi a/p Sandragasam), diikuti dengan bacaan doa dan nyanyian nasyid daripada kumpulan Iqtiraf (dibawah bimbingan Pn. Noorizah bt Zakaria). Lagu keroncong alunan merdu daripada Raja Farhana turut didengarkan dan kesedihan mulai dirasa oleh hadiri yang hadir semasa menyaksikan persembahan multimedia sepenuh jiwa daripada Briged Bestari dipimpin oleh Pn. Noorazlizawatie bt Ahmad.

photo_2017-01-26_13-41-13 photo_2017-01-26_13-41-29

Ucapan YDP PIBG, Tuan Haji Hasrin b Abd. Samad mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Anuar b Sukiran kerana sentiasa memberi sokongan dalam apa jua aktiviti atau program sekolah sepanjang tahun 2016. Tidak ketinggalan, ucapan alu-aluan daripada pengetua SMK Tun Habab yang baru, En. Zakaria b Abd Jalil yang mengharapkan kerjasama yang padu daripada barisan pentadbiran, guru-guru dan staf untuk mencapai misi dan visi dengan moto Together To Succeed For Excellent.

photo_2017-01-26_13-40-13photo_2017-01-26_13-41-36

Persembahan lagu Oh! Dimana (daripada album D’lloyd) dinyanyikan oleh bekas pelajar SMK Tun Habab yang merupakan asalah satu lagu kegemaran bekas pengetua SMK Tun Habab. Kemudian diikuti dengan ucapan perpisahan daripada En. Anuar b Sukiran  (1 September 2015 – 16 Januari 2017), menekankan dua perkara iaitu Terima Kasih dan Maaf kepada semua guru, pelajar dan staf SMK Tun Habab. Majlis diakhiri dengan nyanyian solo Annabella Chua Yun Qi, penyampaian hadiah, persembahan video Ahlan Wasahlan kepada En. Zakaria dan gimik pertukaran jersi nombor 1 (merujuk kepada pertukaran tonggak utama dalam pengurusan SMK Tun Habab mulai 16 Januari 2017). Terima kasih kepada Matahariku Production (dibawah bimbingan Pn. Ku Sunira bt Ku Johari dan Pn. Norashikin bt ishak) yang banyak membantu melancarkan sepanjang persembahan, jawatankuasa pelaksana Sebutir Permata di Taman Sukma dan semua pelajar yang terlibat.

photo_2017-01-26_13-41-21
Gimik pertukaran tonggak bestari SMK Tun Habab
photo_2017-01-26_13-41-43
Nyanyian lagu Matahariku daripada Annabella Chua Yun Qi
photo_2017-01-26_14-05-13
Barisan pengawas yang menyambut kehadiran bekas pengetua

#Sumber gambar daripada Ustazah Noorizah dan Unit ICT

 

 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022