Majlis Serah Tugas Pengetua Baru

22 Januari 2017, pengetua baru, Encik Zakaria b Abd Jalil telah menghadirkan diri ke SMK Tun Habab seterusnya menerima  serah tugas secara rasmi daripada GPK Pentadbiran, Pn. Rafidah bt Abd Hamid. Majlis turt dihadiri oleh GPK HEM, Pn. Juriah bt Jaafar, GPK Kokurikulum, En. Azman b Abd Hamid, PK Tingkatan 6, Pn. Husna bt Abd Hadi, PK petang, Pn Hjh Athipah bt Mohd Nor, barisan GKMP dan guru-guru yang senior SMK Tun Habab.

photo_2017-01-23_07-50-38
Penyerahan tugas daripada Pn. Rafidah kepada En. Zakaria

Pengetua dalam ucapannya mengharapkan kerjasama yang padu daripada semua guru untuk mencapai misi dan visi sekolah seterusnya Falsafah Pendidikan Negara. Semoga dengan kehadiran beliau, SMK Tun Habab dapat meneruskan tradisi kecemerlangan dalam pelbagai bidang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

#Sumber gambar daripada Pn. Noorizah dan Pn. Noorazlizawatie

 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022