Mengharum Jasa di Taman Syurga

12 Januari 2017 telah secara rasminya Pn. Hjh. Rokiah bt Khamis telah bersara daripada dunia pendidikan yang telah menjadi darah dagingnya selama 31 tahun. Beliau telah dirai oleh semua warga Tun Habab pada jam 8.00 pagi di Dewan Seri Tun Habab. Majlis dimulakan dengan perarakan kompang dan selawat kemudian dipaparkan rakaman video selepas beliau bergelar YB (Yang Bersara) yang dirakamkan oleh Briged Bestari SMK Tun Habab. Seterusnya ucapan wakil MPPTE (Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam) dan ucapan Pn. Husna bt Abd Hadi, Penolong Kanan Tingkatan Enam.

Gurindam ciptaan En. Mohd Kasim b Mahmud telah dibacakan oleh pengetua SMK Tun Habab, En. Anuar b Sukiran dengan gaya yang tersendiri turut mencuit perasaan tetamu yang hadir. Kesedihan mula terasa oleh Pn. Hjh. Rokiah apabila beliau dibawa naik ke pentas oleh trio tingkatan enam  yang membuat persembahan dan tayangan video gambar-gambar beliau sepanjang perkhidmatan di SMK Tun Habab (lihat pada ruangan hasil karya pelajar).

photo_2017-01-15_07-37-29

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan bersalaman dengan para pelajar yang berbaris sepanjang dewan. Selamat bersara Hjh Rokiah!

 

photo_2017-01-12_12-30-59
Pn. Hjh. Rokiah bersama rakan-rakan guru yang mengajar tingkatan 6

photo_2017-01-15_07-37-13 photo_2017-01-15_07-37-25

#Sumber gambar daripada, En. Saharudin, Pn. Husna dan Briged Bestari

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *