SMK Tun Habab Meneruskan Tradisi Kecemerlangan 2017

photo_2017-01-08_11-00-07
Semua guru dan pelajar bergambar bersama-sama pasukan eduhub.my disamping replika cek kemenangan

Pada tanggal 8 Januari 2017, SMK Tun Habab telah menerima kehadiran daripada pasukan eduhub.my yang diketuai oleh Ketua Esekutif eduhub.my iaitu En. Ammar b Mohd Rashid. Pada perhimpunan rasmi yang bertuah ini, beliau telah menyampaikan replika cek RM2000.00 atas kemenangan SMK Tun Habab pada pertandingan Video Pendek yang telah dianjurkan pada penghujung tahun 2016. Dalam ucapannya, beliau turut memperkenalkan eduhub.my sebagai medium kepada para pelajar sebagai panduan untuk mengambil jurusan yang bersesuaian dan institusi pengajian tinggi yang ada di Malaysia.

Pengetua SMK Tun Habab, En. Anuar b Sukiran turut berbangga dengan pencapaian para pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum bahkan juga kemahiran ICT. Beliau mengharapkan agar kemenangan ini dapat mengharumkan lagi nama SMK Tun Habab bukan sahaja di peringkat kebangsaaan bahkan di persada antarabangsa.

photo_2017-01-08_10-59-53

#Gambar adalah sumbangan En. Anuar b Sukiran

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022