Program Orientasi Tingkatan 1

photo_2017-01-05_12-14-55
Ucapan pengetua, En. Anuar b Sukiran semasa penutupan Program Orientasi Tingkatan 1

1 Januari 2017 menyaksikan SMK Tun Habab menerima 159 orang warga baru dengan pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2017. Sepertimana yang dilaksanakan pada setiap tahun, Program Orientasi Tingkatan 1 dilaksanakan bermula pada hari pertama 1 Januari 2017 dan berakhir pada 4 Januari 2017.

Dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat termasuk taklimat disiplin. Inventori Personaliti Warna (pengawas). Taklimat SPBT. Taklimat Frog VLE. Agihan Ko kurikulum. Taklimat biasiswa dan pusat sumber serta pengenalan kepada Unit Bimbingan dan kaunseling serta kebitaraan sekolah. Selain daripada itu pelajar juga dilatih untuk menyanyikan lagu sekolah, lagu jiwa dan minda serta lagu Muafakat Johor.

Diharapkan orientasi pada kali ini dapat memberikan serba sedikit gambaran kecemerlangan dan budaya positif SMK Tun Habab untuk terus diamalkan sepanjang menjadi warga SMK Tun Habab.

photo_2017-01-05_12-15-06 photo_2017-01-05_12-15-09 photo_2017-01-05_12-15-03 photo_2017-01-05_12-14-57 photo_2017-01-05_12-14-51 photo_2017-01-05_12-14-40

#Sumber gambar dan berita daripada Pn. Norashikin bt Ishak

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022