Majlis Graduasi SMK Tun Habab Ada Kelas…

Bertuah sungguh calon-calon SPM dan STPM 2016 kerana Majlis Graduasi SMK Tun Habab telah diadakan di New York. Bukan New York tetapi Hotel New York, Johor Bahru. Bertemakan Classic Elegance, graduasi kali ini disambut dengan meriah pada 6 Oktober 2016 yang lalu. Tahniah kepada orang kuat iaitu Pn. Sara dan Pn. Latifah kerana merealisasikan impian untuk mengadakan majlis graduasi yang julung kali ini diadakan di hotel.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk ke dewan, diikuti dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan bacaan Al Qur’an serta terjemahannya oleh saudara Mohd Najmi. Majlis diteruskan ucapan daripada wakil pelajar saudari Lara Syarmila dan wakil PPD Kota Tinggi En. Zayadi dan seterusnya pembukaan Majlis Graduasi 2016 oleh pengetua SMK Tun Habab, En. Anuar b Sukiran. Tepat jam 2.00 petang penutupan rasmi Majlis Graduasi diikuti dengan jamuan petang.

dsc_0120 dsc_0123 dsc_0131 dsc_0101 dsc_0103dsc_0092dsc_0094dsc_0099dsc_0100dsc_0101dsc_0103

#Sumber gambar daripada saudari Farzana Sajidah dan Unit ICT

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022