Majlis Budi dan Jasa Sesaat Tak Lupa

Budi dan Jasa Sesaat Tak Lupa yang dicetuskan oleh En. Mohd Kasim b Mahmud adalah majlis meraikan kenaikan pangkat Pn. Hjh. Rosita bt Jamari@Jamil ke SMK Linggiu sebagai pengetua. Beliau yang mula berkhidmat di SMK Tun Habab pada 16 April 2014 sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Tun Habab akan menyambung tugas mulai 22 September 2016 di SMK Linggiu.

Majlis yang diadakan pada 21 September 2016 ini turut dihadiri oleh penolong pegawai PPD Kota Tinggi, SIP Partner, Tn. Hj. Azali b Alias dan Tn. Hj. Hasrin b Abd Samad yang merupakan Yang Dipertua PIBG SMK Tun Habab dimulakan dengan persembahan silat oleh 6 orang pelajar prauniversiti. Diikuti dengan bacaan doa dan persembahan multimedia yang disediakan oleh Unit ICT. Annabela Chua mengadakan persembahan nyanyian solo dengan lagu Ku Pendam Sebuah Duka dengan penuh perasaan seusai ucapan En. Azman b Abd Hamid (GPK Kokurikulum) yang mewakili pengetua SMK Tun Habab.

dsc_0072 dsc_0010 dsc_0049 dsc_0059 dsc_0088 img_0895

Semoga Pn. Hjh. Rosita dapat melaksanakan tugas dengan gigih dan dedikasi meneruskan misi dan visi pendidikan Malaysia. Tahniah dan selamat bertugas!

#Sumber gambar daripada En. Khairul Anuar dan Unit Majalah

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022