Bola Jaring Penutup Karnival Sukan Prauniversiti

Pada 18 Ogos 2016, Prauniversiti SMK Tun Habab telah mengelolakan pertandingan bola jaring prauniversiti sempena Karnival Sukan Prauniversiti daerah Kota Tinggi di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Saujana. 8 buah sekolah telah turut serta dalam pertandingan ini dan menyaksikan SMK Bandar Easter merangkul johan dengan mengalahkan pasukan dari SMK Tan Sri Jaafar Albar. Manakala SMK Tun Habab menduduki tangga keempat apabila berjaya ditewaskan oleh pasukan bola jaring SMK Bandar Mas.

Pn. Husna bt Abd Hadi, PK Tingkatan 6 SMK Tun Habab telah menyampaikan sijil kepada para pemenang. Beliau sangat berpuashati dengan penganjuran pada kali ini dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru prauniversiti SMk Tun Habab terutamanya Pn. Rahmazaniza bt Mohd Amin yang bertungkus lumus memastikan pertandingan berjalan lancar dengan dibantu oleh En. Saharudin b Abdullah selaku guru Kokurikulum SMK Tun Habab.

photo_2016-08-18_17-17-10
Pasukan bola jaring SMK Tun Habab bersama Pn. Husna dan AJK Pertandingan Bola Jaring Prauniversiti daerah Kota Tinggi
photo_2016-08-18_17-17-07
Johan pertandingan, SMK Bandar Easter
photo_2016-08-18_17-17-23
SMK Tan Sri Jaafar Albar yang memberi saingan sengit kepada SMK Bandar Easter
photo_2016-08-18_17-17-14
SMK Bandar Mas berjaya mengalahkan SMK Tun Habab untuk tempat ketiga

photo_2016-08-18_17-16-13 photo_2016-08-18_17-16-37 photo_2016-08-18_17-17-26 photo_2016-08-18_17-17-30 photo_2016-08-18_17-18-00 photo_2016-08-18_17-18-18 photo_2016-08-18_17-18-22 photo_2016-08-18_17-18-26

 

 

#Sumber gambar dan berita daripada Pn. Anum bt Mahat, Pn. Husna bt Abd Hadi dan Pn. Rahmazaniza bt Md Amin

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022