Pelajar SMK Tun Habab Terpilih Rakaman Muafakat Johor

4 orang pelajar daripada SMK Tun Habab telah terpilih untuk merakamkan lagu Muafakat Johor yang akan menjadi lagu untuk majlis rasmi dalam negeri Johor. Lagu Muafakat Johor itu akan dilancarkan dan diperdengarkan secara rasmi pada 30 Ogos semasa malam ambang kemerdekaan oleh YAB Menteri Besar Johor. Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan Encik Anuar Razak seorang komposer lagu yang juga sebelum ini telah mencipta lagu IM4U dan 1 Malaysia lirik oleh Pejabat YAB Menteri Besar Johor.

Pelajar yang terpilih untuk rakaman tersebut ialah Annabella Chua Yung Qi, Mohd Zaki Ikhwan bin Mohd Jehwan, Raja Nurul Farhana binti Raja Muhammad Putra dan Raja Nurul Faradiana binti Raja Muhammad Putra. Guru pembimbing yang terlibat adalah Puan Ku Sunira binti Ku Johari dan Puan Nurashikin binti Ishak. Rakaman telah dijalankan di Yayasan Warisan Johor. Warga Habab bangga menjadi sebahagian daripada Muafakat Johor.

photo_2016-07-31_11-43-11 photo_2016-07-31_11-43-29 photo_2016-07-31_11-43-26

#Sumber daripada Pn. Norashikin dan Pn. Ku Sunira

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022