Sambutan Hari Guru Meriah

Hari Guru disambut dengan meriah di seluruh pelusuk negeri pada 16 Mei 2016. Guru Pembina Negara Bangsa merupakan tema Hari Guru peringkat kebangsaan. SMK Tun Habab turut sama meraikan Hari Guru yang dikendalikan oleh Badan Pengawas dan Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) SMK Tun Habab bertemakan Jika Aku Bukan Guru…

photo_2016-05-16_11-18-13
Mungkin doktor, jurutera, peguam, CEO, Chef dan sebagainya.
photo_2016-05-16_10-59-44
Mungkin Dr Hjh Athipah, petani moden, Hjh Fauziah dan usahawan berjaya, Pn. Latifah

Majlis dimulakan dengan tahlil ringkas oleh saudara Hairul Najmi di Musollah Al Habib, diikuti dengan perarakan Hari Guru, ucapan dan seterusnya perasmian Hari Guru oleh pengetua, Encik Anuar b Sukiran. Majlis diteruskan dengan persembahan tarian 1Malaysia dan nyanyian oleh bakat terpendam pelajar-pelajar yang dicungkil bakatnya oleh guru-guru SMK Tun Habab. Inilah antara peranan penting yang dimainkan oleh guru-guru.

photo_2016-05-16_10-56-19
Cikgu Azman (tengah) bersama wakil Bank Rakyat, Encik Amir dan En. Rahmat (Pengurus Bank Rakyat) yang menyumbangkan kek Hari Guru
photo_2016-05-17_10-20-43
Orang kuat PJK yang terdiri daripada cikgu Suraini, cikgu M.Rizal dan cikgu Sairi (Tokoh Guru Lelaki 2016)
photo_2016-05-16_10-51-08
Koperasi sekolah memberikan aiskrim percuma kepada semua guru, staf dan pelajar bagi meraikan Hari Guru

 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022