Majlis Semarak Kasihku di Taman Hatimu

Pada 5 Mei 2016, Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) SMK Tun Habab telah mengadakan majlis meraikan anak-anak yatim SMK Tun Habab bersempena dengan Hari Guru yang bakal disambut pada 16 Mei 2016 dan bakal menyambut bulan Ramadhan. Nama majlis yang indah ini, Semarak Kasihku di Taman Hatimu adalah ciptaan En,. Mohd Kasim bin Mahmud. Menurut pengerusi KGK, En Nor Mohd Akmal bin Salleh, program ini merupakan program yang julung kali diadakan kerana sebelum ini lebih tertumpu kepada pemberian duit raya pada bulan Ramadhan. Jamuan dan cenderamata adalah merupakan sumbangan penuh daripada semua guru dan staf sokongan sekolah. Majlis turut dihadiri oleh barisan pengurusan sekolah yang diketuai oleh Encik Anuar bin Sukiran dan Tuan Haji Hasrin (YDP PIBG SMK Tun Habab). Semoga program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.

photo_2016-05-05_15-38-18
Pengetua sangat menyokong program bersama anak-anak yatim SMK Tun Habab
photo_2016-05-05_14-02-52
Anak-anak yatim ini turut diberikan cenderamata sumbangan guru-guru dan staf SMK Tun Habab
photo_2016-05-05_14-02-49
Tuan Haji Hasrin (YDP PIBG) tidak ketinggalan menghadiri majlis Semarak Kasihku di Taman Hatimu

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022