SMK Tun Habab Johan Piala Emas Temasya Pantun Piala Seri Melaka PISMA 2.0 Terbuka Nusantara

Mencipta kenangan manis pada 2 Mei 2016, pasukan Genta Sri Habab sekali lagi terus merangkul kemenangan dengan mendapat Piala Emas dalam Temasya Pantun Piala Seri Melaka PISMA 2.0. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis mencemar duli menyampaikan hadiah kepada pemenang membuktikan sokongan kepada perjuangan memartabatkan warisan bangsa dalam pertandingan Terbuka Nusantara ini.

photo_2016-05-03_08-10-02
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis mencemar duli menyampaikan hadiah kepada pasukan Genta Sri Habab

Menampilkan 10 kerabat yang bertanding merebut kejuaraan akhirnya perjuangan ini berakhir dengan kejayaan yang cemerlang. Pasukan Genta Sri Habab bertolak ke Melaka bersama Puan Nurashikin binti Ishak pada 28hb April 2016 untuk memulakan perjuangan dengan membawa KPI beraksi di pentas Final. Pemantun Utama Nik Zafifah binti Nik Mustaffa. Pemantun Kedua Mohd Zaki Ikhwan bin Jehwan. Pemantun Ketiga Sharifah Nabilah binti Syed Hood dan Pemantun Simpanan Harith Fazilah binti Sulaiman membentuk Pasukan GENTA SRI HABAB. Manakala seorang lagi pemantun GENTA SRI HABAB telah diserap untuk membentuk 1 pasukan baru ZAFANAH bersama 2 orang peserta bawah 18 daripada kumpulan lain iaitu Tuan Nurazlina binti Tuan Ibrahim dan melayakkan mereka ke suku akhir.

Apa yang menarik dalam penganjuran kali ini adalah setiap arena pantun dipertandingkan dalam rumah rumah tradisional negeri di Taman Mini Malaysia Melaka. Menyingkap sedikit rentetan perjalanan sepanjang pertandingan. Bermula dengan Arena 1 perlawanan menentang pasukan SK Jalan Raja Muda di Teratak Johor laluannya agak mudah untuk Pasukan Genta Sri Habab meraih kemenangan dan menduduki carta teratas kerabat bertanding. Arena 2 menampilkan Pasukan Genta Sri Habab bertemu Pasukan Suci Teruna daripada SMK Raja Jumaat Port Dickson dan kemenangan berpihak kepada pasukan Genta Sri Habab. Arena 3 pasukan Genta Sri Habab bertemu pasukan Terasek iaitu gabungan alumni pemantun terbaik SMK Tasek Utara Johor di Teratak Melaka dan kemenangan berpihak kepada pasukan Terasek

Untuk kali kedua dalam arena ke 4 pasukan Genta Sri Habab sekali lagi bertemu Pasukan Terasek dan sekali lagi kami ditumpaskan oleh pihak lawan. Namun begitu semangat berjuang semakin membara dalam diri pemantun Genta Sri Habab. Arena 5 agak menarik perjalanannya. Dengan pasukan dipecahkan dan semua pemantun dari kategori Atas 18 tahun dan Bawah 18 tahun dicampurkan dalam 1 Pasukan dan pasukan yang baru dibentuk ini bertanding dalam 1 arena yang sama sememangnya mencabar mereka. Dengan percampuran Peserta daripada SINGAPURA Dan INDONESIA menjadikan pertandingan ini begitu menarik sekali.

photo_2016-05-03_09-09-10
Pentas pertandingan di pelbagai lokasi
photo_2016-05-03_09-09-42
Genta Sri Habab di peringkat akhir bersama Pasukan Kumang SMK Song, Sarawak

Alhamdulillah Pasukan Genta Sri Habab layak ke Suku Akhir dan dalam Arena ini kami bertemu Pasukan Gemersek juga daripada SMK Tasek Utara dan kemenanangan berpihak kepada pasukan Genta Sri Habab. Layak ke Peringkat separuh akhir bertemu untuk kali ke 3 pasukan Terasek dan belajar daripada kesilapan dan kekurangan memperbaiki lompong kosong dalam persembahan pasukan Genta Sri Habab Alhamdulillah untuk pertemuan kali ke 3 ini memberikan kemenangan kepada Genta Sri Habab dan melayakkan pasukan ke Arena Akhir.

Bertemu pasukan Bicara Kumang daripada SMK Song bukanlah satu perkara yang mudah pasukan ternama yang membariskan pemantun Iban yang begitu fasih dan hebat menguji setiap pemantun Genta Sri Habab untuk memberikan yang terbaik dan Akhirnya Piala Emas Temasya Pantun Piala Seri Melaka PISMA 2.0 Terbuka Nusantara menjadi milik Genta Sri Habab seterusnya melunaskan KPI untuk pertandingan peringkat antarabangsa.

Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat kerana kejayaan ini adalah milik seluruh warga SMK Tun Habab.

photo_2016-05-03_08-09-48
Meriah! pemantun daripada seluruh negeri hadir menyertai pertandingan Piala Emas Temasya Piala Seri Melaka
photo_2016-05-03_08-09-54
Senyum gembira. Pemantun menggenggam Piala Emas
photo_2016-05-03_08-10-11
Pemantun SMK Tun Habab dalam pelabagai busana.
photo_2016-05-03_08-10-25
Gaya dan aksi yang bersahaja

#Gambar dan berita adalah sumbangan Puan Norashikin bt Ishak dan Puan Ku Sunira bt Ku Johari

 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022