SMK Tun Habab : Naib Johan Pantun dan Drama

Tahniah kepada pasukan pantun SMK Tun Habab yang mewakili daerah Kota tinggi di pertandingan pantun peringkat negeri Johor di SMK Gemerih, Segamat. Walaupun gagal mengalahkan SMK Dato Sulaiman, Batu Pahat di peringkat akhir namun SMK Tun Habab sebenarnya berjaya dalam kelasnya yang tersendiri. Tahniah cikgu Ku Sunira dan cikgu Norashikin!

Manakalan pertandingan drama peringkat kebangsaan ( Sekolah Kluster Kecemerlangan ) bertempat di Kolej Vokasional Sultan Hj Ahmad Shah Kuala Lipis Pahang pada 19 hingga 21 April 2016. Drama yang diterbitkan oleh produksi Matahariku melibatkan 10 orang peserta berjaya merebut tempat sebagai naib johan dan anugerah pelakon lelaki terbaik.

photo_2016-04-21_09-53-50
Menerima sijil daripada PPD Segamat
photo_2016-04-20_15-41-19
Bergambar bersama guru pengiring
photo_2016-04-19_09-56-23
Pasukan drama SMK Tun Habab yang bertanding dengan sekolah kluster di peringkat kebangsaan.

 

 

#Gambar dan berita oleh Puan Faridatul Aishah dan Puan Ku Sunira

 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022