Hari Anugerah Kilauan Bestari Kokurikulum Terpuji Meriah

Pada 9 April 2016, telah berlangsung Majlis Kilauan Bestari Kokurikulum Terpuji di Dewan Seri Tun Habab. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Hamimah bt Haji Mansor, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Penawar.

photo_2016-04-12_07-49-06
YB Hamimah menyampaikan ucapan perasmian

Majlis dimulakan dengan penyampaian Anugerah Kokurikulum Terpuji yang memberi penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum.  Hadiah disampaikan oleh wakil Pegawai Perhubungan Polis Bahagian Sekolah, Inspektor Nawin Suksuwan a/l Eh Som.

photo_2016-04-12_07-48-29
Puan Norashikin yang mengharumkan nama sekolah melalui pasukan pantun sekolah hingga ke peringkat kebangsaan
photo_2016-04-12_07-48-52
Raja Farhama yang pernah mewakili sekolah dalam pertandingan syair di peringkat kebangsaaan

Anugerah Kilauan Bestari turut mengiktiraf para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Turut disampaikan ialah Anugerah Seri Kencana yang merupakan anugerah tertinggi kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik dan aktifi dalam bidang kokurikulum. Anugerah Seri Kencana ini telah diberikan kepada Chua Yung Qi (PT3), Ashwin a/l Boopathy (SPM) dan Nor Isma Hanis bt Abd Farid (STPM). Hari Anugerah Kilauan Bestari Kokurikulum Terpuji mengiktiraf sumbangan daripada agensi luar seperti Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Kota Tinggi, Ikatan Sukarelawan, Batalion Pertama Rejimen Kem Ulu Tiram dan Jabatan Pertahanan Awam.

photo_2016-04-12_07-48-01
Pengetua, Encik,Anuar b Sukiran menyampaikan hadiah kepada pelajar yang cemerlang Penggal 1 STPM 2016
photo_2016-04-12_07-47-27
Wakil PPD, Encik Zayadi menyampaikan sijil dan plak kepada pelajar cemerlang SPM 2015

Majlis turut diselang seli dengan beberapa persembahan yang menarik daripada pelajar-pelajar SMK Tun Habab yang diketuai oleh Puan Ku Sunira bt Ku Johari manakala persembahan multimedia turut memaparkan pelbagai aktiviti pelajar sepanjang tahun 2016 sebelum acara bermula. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana Hari Anugerah Kilauan Bestari Kokurikulum Terpuji.

photo_2016-04-10_09-39-41
Pengacara tetap, Encik Saharudin dan Puan Zeti Akhtar
photo_2016-04-12_07-48-17
Persembahan gurindam daripada Raja Farhana dan rakan-rakan
photo_2016-04-12_07-49-03
Persembahan koir oleh pelajar lelaki yang diketuai oleh, Mohd Zaki Ikhwan

#Gambar adalah sumbangan Puan Marliana bt ismail dan Unit Majalah

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022