Karnival Sukan UMNO Tenggara 2016

Pada 2 April 2016, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO bahagian Tenggara telah mengadakan Karnival Sukan UMNO Tenggara yang bermula jam 8.00 pagi. Acara berlangsung dengan meriah pada pelbagai lokasi di sekitar Kota Tinggi. SMK Tun Habab tidak melepaskan peluang untuk menyertai pelbagai pertandingan. Antaranya pertandinga bolasepak, tarik tali dan bola jaring.

Turut tidak ketinggalan apabila Kelab Guru dan kakitangan (KGK) SMK Tun Habab turut menghantar pasukan yang terdiri daripada guru-guru sesi pagi dan petang untuk menyertai pertandingan terbuka  Walaupun kalah di peringkat suku akhir kepada pasukan MDKT yang terdiri daripada pemain muda, namun semangat kesukanan mereka perlu di contohi. bukan sahaja hebat di arean pendidikan malah juga di padang. Manakala kategori bola jaring bawah 17 tahun pula turut disertai oleh pasukan bola jaring SMK Tun Habab dan menduduki tangga keempat. Tahniah!

photo_2016-04-03_08-52-28
Pasukan bola jaring bawah 17 tahun menerima hadiah untuk tempat keempat
photo_2016-04-03_08-54-34
Pasukan bola jaring KGK SMK Tun Habab
photo_2016-04-03_08-53-06
Pasukan bola jaring bawah 17 tahun
photo_2016-04-03_08-53-49
Aksi semasa pertandingan dijalankan, SMK Tun Habab membelasah IKBN Bandar Penawar (6-0)

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022