Larian Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor

Pada 27 Mac 2016, Kelab Multilateral SMK Tun Habab telah membawa rombongannya menyertai pertandingan Larian Sempena Keputeraan yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Larkin.  Encik Boopathy, Puan Vasanthi dan Puan Normala telah turut sama mengiringi rombongan pelajar ke pertandingan tersebut.  Semua 39 orang peserta telah tamat larian dan telah mendapat sijil penyertaan. Beberapa peserta kategori wanita turut mendapat tempat menerima wang tunai RM50 setiap seorang. Pelajar yang mendapat tempat:

Tempat ke 16 – Chong Jia Faye ( 6 Al Alusi )
Tempat ke 19 – Nabila bt Mohd Khalid ( 6 Al Farabi )
Tempat 20 – Siti Nurul Nazirah bt Mhd Fauzi ( 6 Al Jauzi )

Tahniah kepada semua peserta dan guru!

photo_2016-03-28_09-30-47
Antara peserta yang mengambil bahagian
photo_2016-03-28_09-30-59
Pelajar prauniversiti memakaikan nombor peserta pada pakaian rakannya
photo_2016-03-28_09-31-02
Semua peserta dikehendaki warming up
photo_2016-03-28_09-31-23
Semua peserta prauniversiti SMK Tun Habab bergambar sebelum acara dimulakan
photo_2016-03-28_09-31-28
Peserta tunggal guru prauniversiti SMK Tun Habab yang menyertai larian, cikgu Boopathy
photo_2016-03-28_09-31-35
Alhamdulillah.. dapat sijil

 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022