SMK Tun Habab Cemerlang STPM 2015

Kejayaan cemerlang yang tidak disangka telah dicapai pada 2 Mac 2016. Pada majlis pengumuman STPM 2015, pengetua mengumumkan pencapaian 100% lulus dalam peperiksaan STPM yang lalu dengan sasaran PNGK 2.80, SMK Tun Habab ( yang mempunyai aliran sains dan kemanusiaan STPM ) telah melakukan lonjakan saujana apabila mencatatkan PNGK melebihi sasaran iaitu 3.10 sekaligus menduduki tangga kelima terbaik dalam negeri Johor. Turut dikongsi ialah kejayaan 33 orang pelajar daripada 51 orang calon yang mendapat PNGK 3.00 dan ke atas.

IMG_8476
Pengetua SMK Tun Habab, Encik Anuar b Sukiran  ketika mengumumkan keputusan STPM 2015

Pelajar Nor Isma Hanis b Abd Farid merupakan pelajar terbaik STPM 2015 kerana memperolehi A dalam semua mata pelajaran. Walaubagaimanapun, beliau tidah dapat hadir kerana menyertai NGO di Kemboja. Pn. Husna bt Abd Hadi, PK Tingkatan 6 menyampaikan rasa gembira kerana pencapaian yang cemerlang pada kali ini setelah sekian lama tidak mencapai keputusan 100% dalam STPM. Memetik kata-kata Pn. Hjh. Rokiah bt Khamis yang katanya inilah hadiah yang paling manis sebelum beliau bersara pada akhir tahun ini.

IMG_8426
Guru adalah insan yang paling  berdebar-debar setiap kali keputusan STPM diumumkan

Semoga kejayaan pelajar-pelajar tahun 2015 ini dapat menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar STPM tahun ini untuk menyasarkan kejayaan yang lebih gemilang. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Yang Berhormat Datuk Dr. Adham bin Baba, ADUN Pasir Raja yang sudi menyampaikan slip keputusan STPM dan pulut kuning kepada pelajar yang memperolehi PNGK 3.00 ke atas.

Kepada guru-guru prauniversiti SMK Tun Habab, tugas berat menanti anda untuk mencapai PNGK lebih 3.10. Tahniah cikgu!

IMG_8550
Abd Farid mewakili anaknya, Nor isma Hanis, bersama YB Datuk Dr. Adham  dan pengetua melihat slip keputusan STPM
photo_2016-03-02_16-00-28
Semua lepasan STPM 2015 yang memperoleh PNGK 3.00 ke atas bergambar bersama YB Datuk Dr. Adham bin Baba

 

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022