Majlis Seharum Pertemuan & Segugus Budi Abadi di Hati

Tarikh 18 Februari 2016, SMK Tun Habab menerima kehadiran baru tampuk pentadbiran iaitu Puan Juriah bt Jaafar daripada SMK Seri Aman. Beliau yang dikenali sebagai guru yang penyayang dalam ucapannya menyatakan kegembiraan dapat memulakan tugas baru di SMK Tun Habab. Terdahulu Majlis Seharum Pertemuan & Segugus Budi Abadi di Hati dimulakan dengan ucapan daripada pengetua, Encik Anuar b Sukiran dan persembahan multimedia yang disediakan oleh Briged Bestari yang dibimbing oleh Pn. Noorazlizawatie bt Ahmad. Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian dan gurindam daripada Kelab Teater SMK Tun Habab yang dipimpin oleh Pn. Ku Sunira bt Ku Johari dan Pn. Norashikin bt Ishak.

Majlis diteruskan dengan ucapan perpisahan daripada En. Ghazali b Shahran dan penyampaian cenderamata daripada guru-guru dan pelajar SMK Tun Habab sebagai mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat di SMK Tun Habab (2014-2016).

photo_2016-02-21_13-19-04
Bergambar kenangan bersama barisan pentadbiran SMK Tun Habab
photo_2016-02-21_13-19-48
En. Ghazali mengetuai bacaan Yaasin sebelum majlis dimulakan
photo_2016-02-21_13-19-18
Pn. Husna menyampaikan cenderamata daripada guru-guru prauniversiti
photo_2016-02-21_13-19-44
Dalam senyuman ada kesedihan
photo_2016-02-21_13-18-50
“Rose of warm welcome” daripada GPK Pentadbiran, Puan Hajah Rosita kepada Puan Juriah

Leave a Reply

Copyright Themes © 2022