Program Perkhemahan Madani Sejahtera telah berlangsung pada 25 dan 26 November 2026. Program berlangsung di Asrama Pusat Kota Tinggi (APKT) dengan pelbagai aktiviti yang dianjur dan disusun oleh Unit Kokurikulum yang diketuai oleh PK Kokurikulum, Cikgu Sairi bin Surip.
Beberapa aktiviti yang disediakan ialah kawad kaki Badan Beruniform dan Ikhtiar Hidup yang melibatkan pelajar Tingkatan 3 dan 4 bagi sesi pagi dan pelajar Tingkatan 1 dan 2 bagi sesi petang. Program ini diadakan mengikut giliran tingkatan yang dijadualkan oleh pihak sekolah.










